Wednesday, September 19, 2012

CARA MEMBUAT TREK 200 METER - MULA HINGGA AKHIR

Memandangkan saya baru berpindah ke sekolah Baru dan seorang guru PENDIDIKAN JASMANI secara langsung pk koko menugaskan saya menyiapkan trek balapan 200 meter, 100 meter, lapangan lontar peluru dan Lompat jauh.

Puas juga mencari di internet kaedah-kaedah memulakan pembinaan trek..dan agak sukar juga membuat trek berpandukan buku panduan yang dikeluarkan oleh kementerian. sebabnya,spesifikasi ukuran padang yang diberikan tidak sama dengan yang ada di sekolah..puas mencari..ada la terjumpa satu web yang sedikit- sedikit...gabung punya gabung...dapatlah sedikit ilmu..

KAEDAH MENYIAPKAN TREK 200 DAN 100 METER

ALATAN YANG DIPERLUKAN
                                            1. ALAT PENGUKUR 100 METER / 50 METER
                                            2. KAYU (UNTUK MENANDA dan ikat TALI)
                                           
                                       

                                                    3. PENGGELEK
                                                    4. MINYAK HITAM (yang dah guna. lebih baik
                                                        guna minyak daripada Bas atau Lori)
                                                   
   

                                                    5. PEKERJA (yang pastinya Guru-guru.kalau
                                                        Murid2 nak bantu  lagi elok,tapi jangan lupa minta
                                                        kebenaran ibu bapa agar tidak timbul isu.)
                                                   6. PENUKUL
                                                   7. AIR MINUMAN / MAKANAN
                                                   8.TALI yang murah.untuk memudahkan diri mendapatkan
                                                       garisan yang lurus (saya gunakan tali rapia)
                                                   9. Alat 90* darjah..seperti meja,kerusi dan yang sewaktu dengannya.




LANGKAH PERTAMA

-  Pastikan ukuran padang sekurang-kurangnya 110 meter  x 60 meter. kalau tidak "modified" je sendiri ukurannya..
-  buat segi empat tepat berukuran 43 meter x 36 meter.setiap lorong adalah 1 meter. maknanya jejarinya ialah 18 meter.

LANGKAH KE DUA

-  sediakan meja atau apa-apa yang mempunyai suduk 90 darjah (untuk memudahkan ukuran kita lurus mengikut ukuran padang.
- biasanya ukuran 200 meter dengan keluasan padang sedemikian hanya mampu memuatkan 4 loraong sahaja.
-  Lorong 100 meter boleh dibuat di tengah-tengah padang secara bersilang atau menyambung lorong tepi. biasanya lorong 100 meter boleh dibuat 8 lorong.

PETUNJUK

- Garis mula - tempat permulaan DAN PENAMAT semua acara 200 meter, 4x100 meter 
- Garisan Kuning- jarak permulaan antara lorong. lorong 1 ke lorong ke 2. lorong ke 2 ke lorong 3 dan seterusnya. jaraknya ialah 6 meter..maknanya next pemula lorong ialah 12,18 dan seterusnya.
- Garisan merah -  Permulaan untuk peserta ke 2 dan ke 4 bagi acara berganti-ganti seperti 4 x 100 meter..jaraknya 3 meter.
- Bulatan Pink- titik tengah untuk membuat lorong corner baring..hehehe..separa bulatan..caranya..ambil ukuran 18 meter dan tarik untuk mendapatkan base garisan lengkung dalam..untuk membuat lorong pertama tambahkan 1 meter. maknanya setiap lorong ialah 1 meter. maknanya lorong ke dua ialah 19 meter.. seterusnya 20 meter dan seterusnya mengikut bilangan lorong.

Pengiraan panjang lorong
JEJARI = 18 M / LORONG 2 18+1.22 DAN SETERUSNYA 
LORONG = 1.22 M
JARAK PEMULA ANTARA LORONG 200M,4X200 = 6 M 


100 METER 

- boleh dibuat melintang dari sudut bawah kanan ke sudut atas kiri atau tambahkan di hujung setiap lorong lurus samada di sebelah kanan atau kiri mengikut kesesuaian padang..;)
SELAMAT MENCUBA..saya pun baru belajar..


PETUNJUK ACARA

200 METER

  • lari dalam satu bulatan penuh
  • Garisan mula mengikut jarak 6 meter antara lorong.. bermula di garisan PERMULAAN/TAMAT



4X100 METER


  • Pelari pertama    - berlari di garisan PERMULAAN (sama dengan acara 4x200)
  • Pelari ke dua      - Semua Pelari menunggu di garis mula masing-masing (MERAH)...JARAK ANTARA LORONG ialah 3 Meter...INGAT...mesti 3meter kalau tidak jarak tidak sama 100 meter.Berlari dalam lorong MASING-MASING 
  • Pelari ke 3          - Semua Pelari/Peserta menunggu di GARIS MULA MASING (DALAM      LOrong masing-masing) ---dapat BATON---MASUK LORONG 1
  • Pelari ke 4          - HABISKAN larian...MENANGGG...horeyyyyy..



4X200 METER


  • PELARI  1      -   BERMULA DI LORONG masing-masing (jarak garis mula antara lorong 6M berlari hingga ke garisan PENAMAT. 
  • PELARI  2       - SEMUA PELARI---tunggu di garisan mula/tamat (DALAM LORONG MASING-MASING)---dapat BATON ----masuk LORONG 1...                   
  • PELARI 3        - PESERTA/PELARI RUMAH SUKAN yang berada dalam kedudukan PERTAMA perlu menunggu dahulu(dalam lorong 1) diikuti pelari dalam  kedudukaN ke-3 dan ke-4... 
  • PELARI  4       -  SAMA DENGAN KEDUDUKAN pelari ke 3....habiskan LARIAN...         










14 comments:

  1. Cikgu...terima kasih di atas perkongsian ini. Sgt bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana kita dapat steges 4x100 jarak setiap lorong 3 miter dan 4 x 200 jaranya 6 miter. Apa femula itu tuan ,tq

      Delete
  2. Replies
    1. 400 ikut standard padang sebenar

      Delete
    2. ayaa...400..susah sikit..kena pusing 2x..

      Delete
  3. Mana boleh dapat penggelek garisan tu?

    ReplyDelete
  4. Apa fomula untuk dapatkan 3 miter dan 6 miter bagi steges lorong 2 dan seterusnya dlm acara 4 x 100 dan 4 x 200,tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy lupa suda o..tapi sy ingat ada buat gelekan MANUAL...terlampau sikit bezanya..agak² sajalah...mau adil...susun lorong sedia...semua dpt merasa lorong 1.2.3.4..😁

      Delete
    2. kira manual..hampir2 tepat..

      Delete