Wednesday, October 9, 2013

Permasalahan biasa kejohanan sukan sekolah

1.tentatif mestilah siap lebih awal
2.pastikan vvvvip dipastikan lebih awal
3.p.a sistem mestilah lengkap atau sekurang2nya pembesar suara ada.
4.persiapan perbarisan..didahului oleh JOHAN dan n.Johan thn sebelum..
5.HADAPAN mestilah 1 KETUA KONTINGEN..4 org PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN..terdiri daripada wakil2 rumah sukan atau badan beruniform
6.belakang pembawa bendera barulah RUMAH-RUMAH sukan yh bertanding diikuti oleh PASUKAN2 LAIN..unit2 beruniform dll..
7.Lintas hormat..ketua perlu BERI ARAHAN..
8.NYANYIAN..perlu naikkan bendera MALAYSIA..SELANGOR DAN BENDERA KEJOHANAN..
9.DI hadapan kontingen adalah semua bendera rumah sukan dan bendera2 lain..
10.PEMBACA IKRAR...diikuti oleh pembawa bendera RUMAH-RUMAH sukan..(berdiri di belakang pembaca ikrar)
11. pembaca ikrar BERPUSING diikuti pembawa bendera BALIK KE barisan rumah sukan

Monday, September 30, 2013

POST MORTEM kejohanan SUKAN SEKOLAH

Alhadulillah kejohanan sukan tahunan sekolah telah melabuhkan tirainya...

Banyak perkara telah berlaku samada perkara baru..perkara berulang ataupun diulang-ulang.
untuk kesenangan diri sendiri dan umumnya (kalau-kalaulah ada yang membaca coretan ini) semoga sedikit sebanyak memberikan info berlainan daripada yang biasa..

1.perkara utama yang perlu diselesaikan ialah tugas-tugas kepegawaian yang sememangnya terdiri daripada guru-guru sendiri.

  •        guru-guru ini terdiri daripada guru sesi pagi dan petang
  • MASALAH akan timbul apabila guru pagi hanya mengawal murid pagi dan guru2 petang menguruskan murid petang kerana tahap 1 lebih ramai pada waktu petang iaitu tahun 2 dan 3
  • KAWALAN MURID sangat sukar terutama sekali sekiranya guru-guru tersebut menjadi hakim,penjanga masa atau pencatat..kerana BAGAIMANA DENGAN KELAS YANG DITINGGALKAN?
2. PERBEZAAN antara sukaneka---sukantara dan KEJOHANAN SUKAN..
3.setiap guru perlu menjalankan tugasan masing2 dengan bertanggungjawab untuk mengelakkan masalah lain timbul..

MASALAH YANG DILUPAKAN.

  1. Alatan sampingan perlu disediakan
  • WISEL
  • PEMBESAR SUARA- sekurang-kurangnya 4 (penyelia peserta, penyelaras peserta, penyelaras perbarisan dan pelepas)
  • PAYUNG YANG MENCUKUPI - sekurang-kurangnya 5 ( hakim penamat 2, pencatat masa 2, pelepas 1)
  • WALKIETALKIE- sebanyak mungkin (mengikut kemampuan sekolah)
  • NOMBOR BERLAMINASI - 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15 (untuk kegunaan penamat 2 ATAU 3 SET kerana boleh digunakan berulangkali dan untuk kejohanan MERENTAS DESA)

2. sediakan KERTAS PENCATAT/STATISTIK lebih awal dalam salinan yang mencukupi MENGIKUT JUMLAH RUMAH SUKAN..untuk kegunaan semasa SUKAN TARA.

3.CATAT keputusan MURID semasa sukantara tersebut untuk semua acara.


SEMASA KEJOHANAN

SUKANEKA
  1. semua GURU mesti terlibat membantu menguruskan acara
  • PELEPAS - satu acara                                    2 orang guru
  • PENGURUS PESERTA-                                   guru-guru rumah sukan tersebut
  • PENGURUS ALATAN                                  1 orang guru setiap tahun dibantu MURID2
  • STATISTIK                                                    2 orang
  • PROTOKOL VVIP                                        2 orang  
  • MC                                                                  1 atau 2 orang
  • disiplin dan kebersihan HANYA SYARAT semua guru perlu terlibat
  • HADIAH - biasanya siap awal..boleh membantu semasa kejohanan. 4 orang

SUKAN TAHUNAN

1. BUKU PROGRAM            perlu siap lebih awal untuk memastikan perjalanan yang dirancang dapat disusun mengikut masa yang diperuntukkan

2.TENTATIF PROGRAM PERLU DIJELASKAN

3. RAPTAI PENUH PERLU dilakukan dengan betul,.

4. ACARA PERBARISAN 
  • dimulakan oleh pemenang tahun sebelumnya / tahun lepas diikuti oleh ke-2,3,4
  • kedudukan-    1. PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN (samada wakil2 rumah sukan atau unit2 beruniform)      2 . KETUA KONTINGEN      3.  RUMAH2 SUKAN.
  • lintas hormat- turunkan bendera kejohanan
  • masuk dalam barisan dalam keadaan masih berkawad ---berhenti apabila ketua rumah beri ARAHAN.
  • NYANYIAN LAGU2 RASMI    - naikkan bendera kejohanan semasa lagu sekolah.
  • BENDERA2 RASMI lain tidak perlu dinaikkan..
  • bacaan IKRAR oleh ketua kontingen diikuti OLEH PEMBAWA BENDERA 4 RUMAH SUKAN ke hadapan.---UP--
5. PENYELIA PESERTA -memastikan murid2 yg mengambil acara bersedia.

6. PENYELARAS PESERTA- guru-guru rumah sukan menyediakan ATLIT masing2..

7. HAKIM2 PENAMAT BERSEDIA

8.pemenang berikan keputusan kepada pencatat/HAKIM penamat untuk dicatat --RUNNER--hantar kepada STATISTIK DAN REKOD utk keputusan RASMI diumumkan.

9. PELEPAS - perlu lebih ramai mewakili PENTADBIR/PIBG/ORANG2 KENAMAAN VVIP/GURU

10. KETUA PERBARISAN - menyediakan dan memastikan peserta2 PERBARISAN CUKUP dan bersedia

11. simbolik PERASMIAN??? terpulang...

12. GURU RUMAH sukan jangan lupa sediakan MAKAN MINUM...


BERSAMBUNG...................

















Thursday, September 26, 2013

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH kali ke 3..BER..

kejohanan sukan sekolah merupakan salah satu aktiviti WAJIB setiap sekolah du bawah KPM. KSS Juga merupakan satu aktiviti terbesar dalqm TAKWIM sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Uniknya..walaupun kejohanan tersebut kali ke 10 kali ke 5 atau kali 1...masalah2 tetap akan wujud..SEMENTELAH GURU2,PADANG dan pentadbir masih org yg sama..

sukan sekolah SKSP KALI-3...
rasanya paling HAMBAR DAN BERCELARU pernah sy kendalikan..tahun 2013..
ramai guru-guru yg kurang mengambil tahu proses dan perjalanan kejohanan kali ini ditambah pula dengan ISU2 YANG BERLAKU..banyak kesan yg dirasakan oleh guru2 seterusnya menggangu kosentrasi warga sekolah SKSP.

WALAUbagaimanapun diharapkan kejohanan yg akan TIRAINYA AKAN DIBUKA esok 28 sept 2013 akqn berjaya dilangsungkn dgn penuh Meriah..

sekalung penghargaan kpd guru2 yg tidak putus2 nemberikan kerjasama sepanjang masa..

jasamu dikenang..

Wednesday, August 28, 2013

OBESITI DAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD)

OBESITI DAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT ANCAM RAKYAT MALAYSIA Penyakit tidak berjangkit (NCD) dan obesiti kini adalah ancaman utama kesihatan rakyat Malaysia dan perkembangan itu membimbangkan kerajaan.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penyakit ini sebenarnya boleh dicegah sekiranya orang ramai memberi komitmen dan berdisiplin untuk mengamalkan gaya hidup sihat.NCD adalah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kardiovaskular dan kolesterol tinggi."Kira-kira 60 peratus pesakit di hospital kerajaan meninggal dunia disebabkan serangan jantung atau kencing manis selain kanser, katanya pada sidang media selepas merasmikan Klinik 1Malaysia Rejang Park di sini Selasa.Katanya lebih separuh daripada jumlah penduduk yang berusia 18 tahun ke atas juga mengidap hipertensi.Tambahnya mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 36 juta orang meninggal dunia disebabkan NCD setiap tahun dan angka itu dijangka meningkat sebanyak 17 peratus dalam dekad akan datang.Berhubung obesiti, Liow berkata Malaysia mencatatkan kadar obesiti tertinggi di kalangan penduduk di Asia Tenggara dan berada di kedudukan keenam di Asia."Kesemua penyakit ini boleh dicegah melalui amalan yang betul dengan mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman secukupnya.Mengulas isu lain, Liow berkata ia adalah satu perkara yang membimbangkan kerajaan bahawa antara 2008 dan Ogos tahun ini, kira-kira 1,441 doktor dilaporkan meninggalkan perkhidmatan kerajaan, terutamanya untuk menyertai sektor swasta."Tetapi ini adalah fenomena biasa dalam perkhidmatan kesihatan. Dalam kata lain, tegasnya apa yang lebih penting, negara sekarang berupaya melatih antara 3,500 hingga 4,000 doktor setiap tahun berbanding hanya 1,000 pada 2005."Persoalannya sekarang ialah bagaimana kita boleh menjamin agihan doktor yang adil untuk ditempatkan di bandar dan di luar bandar berbanding mereka yang lebih suka berkhidmat di bandar-bandar," katanya.Nisbah sekarang adalah 1:2000 di Sabah dan Sarawak manakala ia adalah 1:400 di Semenanjung, katanya dan menambah dalam jangka pendek, kontrak doktor asing akan diteruskan untuk dihantar bertugas di kedua-dua negeri.Sementara itu, Liow berkata kabinet juga baru-baru ini membenarkan doktor pakar berkhidmat selama enam bulan di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak berbanding setahun, sebelum ini.

Sunday, June 23, 2013

ALTERNATIF UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI (DALAM KELAS)

PENDIDIKAN JASMANI SEMASA JEREBU

SEBAGAI seorang pendidik. saya terikat dengan "tidak boleh ubah sesuka hati rph" yang telah dibuat dan dirancang. walaubagaimanapun terdapat beberapa kaedah yang boleh dijalankan di dalam kelas.

(PANDANGAN PERIBADI sahaja)

sekiranya kita telah merancang untuk melaksanakan pendidikan jasmani di luar kelas/padang dan sebagainya. adalah suatu kewajiban kita untuk melaksanakannya. walaubagaimanapun, sekiranya berlaku keadaan yang tidak diingini seperti "PENDIDIKAN JASMANI SEMASA JEREBU".maka, apa yang dapat saya lalukan ialah TIDAK MENANGGUHKAN PDP...atau tidak membatalkan terus PDP tersebut.

PDP yang telah dirancang perlulah diteruskan mengikut situasi, keadaan dan kemampuan kelas tersebut.

LANGKAH-LANGKAH (utk KSSR)
(ni buat sendiri je:ikut kreativiti).. contoh -bola sepak, agak-agaknya ni yang agak susah.

- INDUKSI SEPERTI biasa
- regangan- meningkatkan kadar nadi
- RAPATKAN meja untuk memberikan sedikit ruang
- PENYAMPAIAN PENGAJARAN
- tunjuk cara/ansur maju/teknik
-PERMAINAN KECIL (ni susah sikit) - 1 VS 1 ATAU 1 VS 2- gol menggunakan kaki kerusi.

PERMAINAN HOKI dalam kelas
- SEPERTI di atas..
-PERMAINAN KECIL- "hoki tangan" tidak perlu menggunakan "kayu hoki"..jadikan tangan sebagai kayu hoki..2 vs 2 atau latihan menyerkap bola/menjaring dll.

"SELAMAT MENCUBA"

yang lain-- BELUM TERFIKIR LAGI...hahaha..

JEREBU - BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK

SALAM UKHWAh,
 sebagai penggiat sukan / khasnya pendidikan jasmani. jerebu yang melanada kini adalah suatu musibah yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak. memandangkan jerebu semakin merunsing, KPM telah mengistiharkan hari ini sebagai "CUTI MENGEJUT" bagi MENGELAKKAN keadaan yang tidak sihat ini mengakibatkan kesan sampingan kepada kanak-kanak sekolah.

 Indeks Pencemaran Udara 
 Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat
Masalah kesihatan Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada: Kanak-kanak Orang tua Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain .Perokok Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah: Iritasi kerongkong dan batuk-batuk Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat Iritasi di mata serta mata yang merah Kulit terasa gatal .
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
 Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
Sentiasa basuh bahagian yang terdedah;
mandi
Selalu minum air Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan



Thursday, June 20, 2013

PENTAKSIRAN KSSR PENDIDIKAN JASMANI

assalam...saya telah dengan senang hatinya meletakkan EVIDEN KSSR PJ TAHUN 3 yang saya buat..semoga sedikit sebanyak boleh membantu pada cikgu-cikgu yang lain...kalau ada apa-apa kekurangan mohon comment..

boleh download melalui BOX perkongsian saya tu..

kalau ada yang sudi untuk mengongsikan bahan-bahan lain silakan la emailkan ke didikxyz@gmail.com

wassalam.

Monday, February 18, 2013

MERENTAS DESA 2013

ASSALAM...rasanya ini catatan utk tahun 2013...

baaru2 ini SK Seri Pristana telah menghantar penyertaan yang penuh untuk merentas desa. disebabkan tuan rumah sekolah berjiran..mudah untuk menghantar peserta.

sekalung tahniah kepada kontingen SKSP kali ini kerana berjaya dengan penuh bergaya kerana NAIB JOHAN keseluruhan bagi kategori PEREMPUAN BAWAH 12 dan JOHAN KESELURUHAN lelaki bawah 12 tahun..

DAN ESOK 19 FEBRUARI 2013 akan bermula LATIHAN pusat di stadium KUALA SELANGOR.
3 orang wakil sekolah telah terpilih untuk ke MSSS di SABAK BERNAM..semoga beroleh kejayaan.

Thursday, January 3, 2013

KSSR PENDIDIKAN JASMANI 2013

Akhirnya yang dinanti muncul...tiba dengan pelbagai instrumen...eviden,konstruk...band2..Alhamdulillah..

dapat mengajar KSSR BM,PJ...kssr..tahun 3 dan 2,,,

BUKU PANDUAN GURU. bm..
-buku panduan ada tapi langsung x sama dengan KBSR..dulu penduan BM mudah dan senang diajarkan kepada murid2...lebih jelas..tetapi panduan kssr ni lebih kepada KEKREATIFAN guru dalam menentukan gaya pembelajaran..penyampaian yang lebih TERBUKA..maknanya tidak hanya menumpu kepada panduan tersebut semata-mata..

BUKU PANDUAN GURU PJ
- sangat memudahkan pengajaran dan pembelajaran...siap sekali dengan pemanasan...aktiviti...permainan kecil..tetapi MASIH MENGEKALKAN KETIDAKPAKSAAN PENUMPUAN SEHALA..maknanya guru2 boleh mengajar mengikut kreativiti masing2..dulu2 buku panduan ni tidak ada..sangat mudah dan sangat susah..MUDAH MENGAJAR SUSAH MEMBUAT PENILAIAN..macam2..

RPH...
- agak komplikated...
kurang kesamaan dengan yang lame (KBSR)..tapi isi dalaman masih sama..

RPH ku Belum siap!!!!!!!!!!!!!!!