Wednesday, September 19, 2012

CARA MEMBUAT TREK 200 METER - MULA HINGGA AKHIR

Memandangkan saya baru berpindah ke sekolah Baru dan seorang guru PENDIDIKAN JASMANI secara langsung pk koko menugaskan saya menyiapkan trek balapan 200 meter, 100 meter, lapangan lontar peluru dan Lompat jauh.

Puas juga mencari di internet kaedah-kaedah memulakan pembinaan trek..dan agak sukar juga membuat trek berpandukan buku panduan yang dikeluarkan oleh kementerian. sebabnya,spesifikasi ukuran padang yang diberikan tidak sama dengan yang ada di sekolah..puas mencari..ada la terjumpa satu web yang sedikit- sedikit...gabung punya gabung...dapatlah sedikit ilmu..

KAEDAH MENYIAPKAN TREK 200 DAN 100 METER

ALATAN YANG DIPERLUKAN
                                            1. ALAT PENGUKUR 100 METER / 50 METER
                                            2. KAYU (UNTUK MENANDA dan ikat TALI)
                                           
                                       

                                                    3. PENGGELEK
                                                    4. MINYAK HITAM (yang dah guna. lebih baik
                                                        guna minyak daripada Bas atau Lori)
                                                   
   

                                                    5. PEKERJA (yang pastinya Guru-guru.kalau
                                                        Murid2 nak bantu  lagi elok,tapi jangan lupa minta
                                                        kebenaran ibu bapa agar tidak timbul isu.)
                                                   6. PENUKUL
                                                   7. AIR MINUMAN / MAKANAN
                                                   8.TALI yang murah.untuk memudahkan diri mendapatkan
                                                       garisan yang lurus (saya gunakan tali rapia)
                                                   9. Alat 90* darjah..seperti meja,kerusi dan yang sewaktu dengannya.




LANGKAH PERTAMA

-  Pastikan ukuran padang sekurang-kurangnya 110 meter  x 60 meter. kalau tidak "modified" je sendiri ukurannya..
-  buat segi empat tepat berukuran 43 meter x 36 meter.setiap lorong adalah 1 meter. maknanya jejarinya ialah 18 meter.

LANGKAH KE DUA

-  sediakan meja atau apa-apa yang mempunyai suduk 90 darjah (untuk memudahkan ukuran kita lurus mengikut ukuran padang.
- biasanya ukuran 200 meter dengan keluasan padang sedemikian hanya mampu memuatkan 4 loraong sahaja.
-  Lorong 100 meter boleh dibuat di tengah-tengah padang secara bersilang atau menyambung lorong tepi. biasanya lorong 100 meter boleh dibuat 8 lorong.

PETUNJUK

- Garis mula - tempat permulaan DAN PENAMAT semua acara 200 meter, 4x100 meter 
- Garisan Kuning- jarak permulaan antara lorong. lorong 1 ke lorong ke 2. lorong ke 2 ke lorong 3 dan seterusnya. jaraknya ialah 6 meter..maknanya next pemula lorong ialah 12,18 dan seterusnya.
- Garisan merah -  Permulaan untuk peserta ke 2 dan ke 4 bagi acara berganti-ganti seperti 4 x 100 meter..jaraknya 3 meter.
- Bulatan Pink- titik tengah untuk membuat lorong corner baring..hehehe..separa bulatan..caranya..ambil ukuran 18 meter dan tarik untuk mendapatkan base garisan lengkung dalam..untuk membuat lorong pertama tambahkan 1 meter. maknanya setiap lorong ialah 1 meter. maknanya lorong ke dua ialah 19 meter.. seterusnya 20 meter dan seterusnya mengikut bilangan lorong.

Pengiraan panjang lorong
JEJARI = 18 M / LORONG 2 18+1.22 DAN SETERUSNYA 
LORONG = 1.22 M
JARAK PEMULA ANTARA LORONG 200M,4X200 = 6 M 


100 METER 

- boleh dibuat melintang dari sudut bawah kanan ke sudut atas kiri atau tambahkan di hujung setiap lorong lurus samada di sebelah kanan atau kiri mengikut kesesuaian padang..;)
SELAMAT MENCUBA..saya pun baru belajar..


PETUNJUK ACARA

200 METER

  • lari dalam satu bulatan penuh
  • Garisan mula mengikut jarak 6 meter antara lorong.. bermula di garisan PERMULAAN/TAMAT



4X100 METER


  • Pelari pertama    - berlari di garisan PERMULAAN (sama dengan acara 4x200)
  • Pelari ke dua      - Semua Pelari menunggu di garis mula masing-masing (MERAH)...JARAK ANTARA LORONG ialah 3 Meter...INGAT...mesti 3meter kalau tidak jarak tidak sama 100 meter.Berlari dalam lorong MASING-MASING 
  • Pelari ke 3          - Semua Pelari/Peserta menunggu di GARIS MULA MASING (DALAM      LOrong masing-masing) ---dapat BATON---MASUK LORONG 1
  • Pelari ke 4          - HABISKAN larian...MENANGGG...horeyyyyy..



4X200 METER


  • PELARI  1      -   BERMULA DI LORONG masing-masing (jarak garis mula antara lorong 6M berlari hingga ke garisan PENAMAT. 
  • PELARI  2       - SEMUA PELARI---tunggu di garisan mula/tamat (DALAM LORONG MASING-MASING)---dapat BATON ----masuk LORONG 1...                   
  • PELARI 3        - PESERTA/PELARI RUMAH SUKAN yang berada dalam kedudukan PERTAMA perlu menunggu dahulu(dalam lorong 1) diikuti pelari dalam  kedudukaN ke-3 dan ke-4... 
  • PELARI  4       -  SAMA DENGAN KEDUDUKAN pelari ke 3....habiskan LARIAN...         










Monday, May 28, 2012

sukan BOLEH MEMBAWA kepada KEKAYAAN

rakyat Malaysia khususnya masih takut akan hakikat bahawa "dimana ada kemahuan ,di situ ada jalan..ada hati semua boleh jadi"

pendidikan arus perdana yang terlalu berorientasikan peperiksaan..sehinggakan malaysia menjadi salah satu negara yang TERLALU BANYAK PEPERIKSAAN..ini kerana ramai daripada kita TAKU SEKIRANYA tidak BERJAYA dalam bidang sukan yang diceburi kelak..

walaupun kini telah terbukti..."BERMAIN boleh menjadi SUMBER KEKAYAAN" terbukti apabila c.Ronaldo,Beckham,ronaldinho,l.messi ....
di malaysia ....N.ANN DAVID..DATO LEE C.W....dan terbaru yang dikhabarkan menjadi penanda aras BOLA SEPAK MALAYSIA...NAZMI yang bermain di PORTUGAL..

NEWS:"
JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu

SUMBER:http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/05/perghh-nazmi-terima-gaji-rm300000.html

Thursday, May 3, 2012

juruLETIH , juruLATIH , pemerhati

siapa AGAKNYA yang lebih berhak memberikan arahan KEPADA pasukan? JURULATIH?PENGURUS?pemerhati?...

campurtangan daripada LUAR? walaupun mereka mempunyai kelab sendiri..lebih terlatih..NAMUN jurulatih yang dah LETIH melatih RASANYA lebih berhak MEMBERIKAN arahan..WALAUPUN pemerhati tersebut ADALAH DARIPADA kepala sekolah...

KALAU semua nak menang TANPA KEKALAHAN...mustahilll...semua orang pun tahu..

BERPADA-padalah dalam menyuarakan pendapat..DAN komunikasi yang baik memainkan peranan..TANPA WASANGKA DAN prejudish..

GURU memang BUKAN juruLATIH..tp GURU selalu buat YANG TERMAMPU...

Wednesday, March 7, 2012

OLAHRAGA atau PERMAINAN

MSSD,MSSM,MSS dan banyak lagi M dan S...termasuklah 1M1S..banyak betul AKTIVITI yang dipaksakan untuk murid sentiasa aktif..sihat dan cergas..tapi PELAKSANAAN dan pemantauan serta kesan atau hasil daripada kesemua ini sangat sedikit yang berhasil..kerana banyak faktor yang mempengaruhi..

DI SEKOLAH RENDAH, OLAHRAGA hanyalah pilihan murid2 kerana sukan ini sebenarnya agak memboringkan MURID sekolah sebenarnya...lari...lari..lari..dan lari kemudian LOMPAT dan lompat...atau LONTARRR..aktiviti ulangan ini agak membosankan..sementelahan bila semua aktiviti PERTANDINGAN YANG DIADAKAN melibatkan bulan yang hampir sama JAN...FEB..MAC..april..

UMUMNYA..seseorang MURID yang aktif akan melibatkan diri dalam pelbagai cabangan sukan..SEKIRANYA dia seorang yang aktif dalam bola sepak..biasanya dialah yang aktif dalam BADMINTON...SEPAK TAKRAW ataupun OLAHRAGA mahupun sukan lain..justeru itu,sekiranya MURID TERPAKSA MEMBUAT PILIHAN maka BOLA SEPAK ATAU ping pong lebih memberikan kepuasan dan keseronokan kepada murid kerana permainan ini lebih MEMBERIKAN CABARAN semasa atau pada waktu itu juga berbanding olahraga yang hanya MENJALANI LATIHAN (bertanding lama lagi).

justeru itu, OLAHRAGA atau PERMAINAN???
kebanyakan murid lebih sukakan PERMAINAN berbanding olahraga..JURULATIH juga secara umumnya lebih sukakan PERMAINAN berbanding OLAHRAGA kerana pelbagai jenis AKTIVITI YANG TERPAKSA dilatih dalam SATU MASA..

PERSOALANNYA..bagaimanakah agaknya untuk membolehkan murid memberikan tumpuan KEPADA OLAHRAGA tanpa mengabaikan PERMAINAN?? pastilah jawapannya ialah mengadakan hari SUKAN/OLAHRAGA pada bulan lain daripada SUKAN PERMAINAN..Contohnya, sukan permainan mestilah semuanya diadakan SEAWAL TAHUN persekolahan..agar murid boleh menumpukan pada OLAHRAGA yang TERPAKSA DIPILIH kerana sukan PERMAINAN TELAH selesai..

MAKNANYA..sukan permainan mestilah diselesaikan seawal bulan JAN..FEBUARI dan OLAHRAGA dilangsungkan pada AKHIR MAC atau awal APRIL..YANG demikian itru lebih menunjukkan kesungguhan murid apabila MENYERTAI SUKAN olahraga..

SEBAGAI juruLETIH yang melatih murid..YANG mengajar SESI PETANG...bagaimanakan hendak melatih MURID? buat masa ini saya MERASA agak terhalang dalam menjalankan LATIHAN..contohnya..PAGI: SAya cuma mampu melatih dari jam 7.00 sehingga 7.30..sebab PNP bermula seawal jam 7.20..DALAM masa 30 minit itu bagaimana murid dilatih?murid yg lewat sampai..yang belum sarapan...dan macam2 lagi...sebelah PETANG PULA...habis waktu SEKOLAH IALAH 6.30..urus murid beratur sampai habis,,,6.45...MULA LATIHAN HANYA jam 7.00...MAGHRIB pula dalam 7.20....ATAU MURID pula pergi ke kelas AGAMA..jadi bila MASANYA murid dapat berlatih..

semoga selepas ini ada KAEDAH pengajaran dan LATIHAN yang lebih mantap dan sesuai untuk murid dan GURU-GURU..

:)


Saturday, January 14, 2012

merentas desa or road run..sk seri pristana kali 2

road run sk seri pristana kali ke-2..sometimes mmg bgs kalau kita boleh diharapkan untuk sesuatu benda yg kita mmg boleh buat..tapi tidak bagusnya kalau akhirnya kita merasa seperti diperatkan.. memandangkan road run adalah salah satu sukan WAJIB SEKOLAH atau dikenali juga sebagai merentas desa..semua guru bertungkus lumus menyediakan kemudahan yg sepatutnya dibuat..dan tanpa perancangan yg rapi..walaupun program ini dibuat setiap tahun..masih berlaku banyak kekurangan.. antaranya ialah.. 1.perletakan check point-tidak semua guru yg ditugaskan di suatu tpt setuju dgn tugas tersebut.. MASALAH timbul apabila ada murid yg tahu jalan tersebut mengambil jln pintas sbb tiada guru yg menjaga..seterusnya keselamatan murid juga terabai.. 2.tidak ambil peduli sangat..guru mmg cukup-cukup sahaja melaksanakan tugas masing2..tetapi seandainya meletakkan tugas kita kpd org lain dgn harapan tugas tersebut akan dapat dipenuhi..mmg la sesuatu yg sangat mementingkan diri sendiri..kebanyakan guru adalah berpengalaman dan BIASA DENGAN PROGRAM Ini..jadi anggapan biarlah cikgu lain yg buat sgt la tidak bertanggungjawab kerana tiada guru yg tugas ikhtisasnya utk melaksanakan tggjwb melaksanakan road run trsbt.. 3.komunikasi dan perancangan- tanpa komunikasi berkesan antara guru maka banyak kesilapan berlaku..antaranya tadi..murid tahun 5&6 lelaki dan perempuan tidak dpt dilepaskan mengikut kategori yg sepatutnya kerana tiada komunikasi dengan org yg menjaga di tapak perhimpunan..walaubagaimanapun..sepatutnya pelepas lebih perlu prihating dan sedar siapa murid yg sedang hendak dilepaskan..bukan sekadr menekan airhon dan murid berlari.. 4.penamat..pencatat...perlu ada penerangan lanjut berkenaan tugas dan tanggungjawab yg perlu dipikul oleh guru supaya mereka ingat semula apa yg perlu dilakukan.. walaubagaimanapun kerjasama guru la yg paling utama menjayakan apa.jua jenis sukan dan permainan di skolah..majulah sukan utk negRa..