Monday, July 11, 2011

BIDANG TUGAS SU SUKAN

TUGAS SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH


  1. Menjadi penasihat utama kepada Guru Besar mengenai aktiviti-aktiviti sukan.
  2. Merancang aktiviti / program olahraga dan permainan sekolah untuk jangka pendek dan panjang. Dalam menjalankan tugas ini, rujukan boleh dibuat kepada Majlis Sukan Sekolah yang beliau menjadi setiausahanya.
  3. Mengadakan jadual atau takwim sukan dan mengagihkan tugas-tugas bersangkutan dengan sukan di kalangan staf.
  4. Menjadi pegawai perhubungan di antara sekolah dengan sekolah-sekolah lain di lapangan sukan dan permainan.
  5. Merancang keperluan / kemudahan / kewangan untuk sukan. Memesan, menerima, memasukkan serta mengawal stok peralatan sukan.
  6. Mengagih pelajar kepada rumah sukan. Merancang pertandingan peringkat sekolah antara rumah.
  7. Mengurus penyertaan pasukan sekolah dalam pertandingan luar dengan kerjasama dari pengurus/jurulatih permainan.
  8. Menjadi setiausaha kepada Majlis Sukan Sekolah dan menyimpan minit mesyuarat.
  9. Mengendalikan papan kenyataan sukan dan galakan sukan.
  10. Tugas-tugas lain yang diperlukan oleh Guru Besar berkaitan sukan dan permainan.

No comments:

Post a Comment