Monday, July 11, 2011

SEGAK-- MASALAH DAN KESALAHAN

KEBANYAKAN guru2 PJPK di sekolah2 rendah mengalami masalah yang sama iaitu:

1. KEKANGAN waktu mengajar.ini disebabkan pengasingan waktu dalam seminggu.

2.KURANG PENGETAHUAN disebabkan pentadbir menganggap PJPK mudah dan boleh diserahkan sahaja kepada GURU2 lain.

3.MENGANGGAP pjpk tidak penting dan tidak mengapa sekiranya tidak dilaksanakan.

4.KEKURANGAN kelengkapan/alatan.


WALAUBAGAIMANAPUN tahniah kepada GURU2 yang cuba melaksanakannya..TETAPI masalah utama yang ketara berlaku ialah,guru2 ini melaksanakan SEGAK tidak mengikut cara yang sepatutnya.SEGAK perlu dilaksanakan secara BERTERUSAN.maknanya seseorang murid yang diuji perlu menghabiskan SEMUA UJIAN DALAM WAKTU YANG SAMA(sekaligus).

kebanyakan guru2 TERPAKSA MELAKSANAKAN SEGAK mengikut kesesuaian iaitu menguji murid2 sekaligus tetapi DENGAN CARA MENGHABISKAN SATU UJIAN SAHAJA.ini adalah salah.sepatutnya seperti yang pernah saya lakukan...dalam tempoh 30 minit hanya 5 atau 6 orang sahaja yang mampu di habiskan..

1 comment:

  1. Pada pendapat saya, kita perlu buat ujian segak mengikut tahun contohnya tahun 3 dalam masa satu hari dan tahun 4 dalam hari yang berlainan.

    antara faktor lain yang perlu diambil kira :-

    1.Guru layak dan mencukupi untuk jadi fasilitator to carry out the program.

    2.Murid bergerak dalam pasangan sambil diperhatikan oleh guru.

    3.Murid perlu belajar buat sendiri bukan guru buatkan untuk murid. Ini termasuk cara kira nadi, cara kira bilangan bangkit tubi dsb.

    4.Peralatan tidak diubah kedudukan hingga tamat semua ujian segak (tahun 4,5,6)

    5.Semua keputusan segak perlu dibukukan seperti dalam buku rekod kesihatan. Ya, saya setuju keputusan adalah sah jika ujian dibuat dalam masa satu hari.

    6.Gunakan norma-norma yang sesuai dengan unur dan jantina serta bersifat 'asean' bukannya mat saleh untuk membuat perbandingan keputusan.

    7.Perlu buat in-house- training untuk semua guru PJK bagi memastikan mereka tahu buat ujian segak .Dulu kita pun kena ujian segak banyak kali lak tuh kat maktab.

    8.Pihak sekolah perlu pandang serius ujian ini kerana melalui ujian ini kita dapat memilih atlet yang dirasakan berbakat.Tak kurang dapat menguji tahap kecergasan murid dan mengurangkan obesiti di kalangan kanak-kanak. Sekolah perlu banyakkan fasiltator dan lengkapkan peralatan ujian segak.

    ReplyDelete