Saturday, July 16, 2011

TREK 200 METER..

kebanyakan  padang sekolah kini semakin kecil..jadi untuk mengadakan acara SUKAN SEKOLAH adalah sesuatu yang agak sukar terutamanya membina trek.antaranya ukuran padang yang kurang daripada 100 meter x 50 meter..

UNTUK membina trek bagi cikgu baru dan sekolah baru macam saya sememangnya agak sukar sebenarnya..saya tahu ada KAEDAH PENGIRAAN TREK terutamanya semasa membina lengkungan. sebelum ini telah saya post kan salah satu lakaran yang boleh digunakan sebagai panduan membina trek 200 meter.

SELAiN itu terdapat juga kaedah lain dengan meletakkan PANJANG TREK 60 METER X 30 METER...

ataupun 43 meter x 36 meter...

SEMUA LORONG mempunyai kelebaran standard...1.22..

lakaran TREK OLAHRAGA 200 METER

LAKARAN TREK 2OO METER (DARIPADA BLOG CIKGU-laman da lupa)
jejari ni bergantung kepada diameter padang yang boleh dimuatkan trek
lorong kedua bermula pada garisan MULA..

Monday, July 11, 2011

GURU PENGAWAS SUKAN


  1. Guru Pengawas Permainan adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan dan disiplin murid di kawasan padang sekolah.
  2. Guru Pengawas permainan hendaklah menepati masa apabila datang untuk bertugas.
  3. Guru Pengawas permainan juga hendaklah membuat laporan bertulis di dalam Buku Laporan Permainan.
  4. Kehadiran waktu permainan adalah diwajibkan.

TUGAS JURULATIH/PENGURUS SUKAN


  1.  Mengawal dan bertanggungjawab di atas semua peraturan, latihan dan penggalakan ke arah kemajuan permainan yang di bawah kendaliannya.
  2. Membentuk pasukan sekolah. Menyediakan senarai keperluan / alat dan mencadangkan pembeliannya melalui kerjasama setiausaha sukan.
  3. Mengatur program latihan dan kegiatan pasukan bagi sepanjang tahun.
  4. Bertindak sebagai pengurus pasukan sekolah.
  5. Memupuk semangat dan minat di kalangan pemain-pemain dengan mengadakan aktiviti menonton video/filem berkaitan, lawatan dan lain-lain rangsangan.
Menaikkan imej sekolah melalui permainan. Menjaga kebajikan ahli pasukan sekolah

BIDANG TUGAS SU SUKAN

TUGAS SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH


  1. Menjadi penasihat utama kepada Guru Besar mengenai aktiviti-aktiviti sukan.
  2. Merancang aktiviti / program olahraga dan permainan sekolah untuk jangka pendek dan panjang. Dalam menjalankan tugas ini, rujukan boleh dibuat kepada Majlis Sukan Sekolah yang beliau menjadi setiausahanya.
  3. Mengadakan jadual atau takwim sukan dan mengagihkan tugas-tugas bersangkutan dengan sukan di kalangan staf.
  4. Menjadi pegawai perhubungan di antara sekolah dengan sekolah-sekolah lain di lapangan sukan dan permainan.
  5. Merancang keperluan / kemudahan / kewangan untuk sukan. Memesan, menerima, memasukkan serta mengawal stok peralatan sukan.
  6. Mengagih pelajar kepada rumah sukan. Merancang pertandingan peringkat sekolah antara rumah.
  7. Mengurus penyertaan pasukan sekolah dalam pertandingan luar dengan kerjasama dari pengurus/jurulatih permainan.
  8. Menjadi setiausaha kepada Majlis Sukan Sekolah dan menyimpan minit mesyuarat.
  9. Mengendalikan papan kenyataan sukan dan galakan sukan.
  10. Tugas-tugas lain yang diperlukan oleh Guru Besar berkaitan sukan dan permainan.

SEGAK-CADANGAN PENYELESAIAN

ANTARA CARA yang boleh digunakan ialah..

1.MEMINTA agar diwujudkan SATU MINGGU KHAS segak.
2.MEMBUAT PERANCANGAN awal jadual segak.
3.BERBINCANG dengan GURU AGAR menggabungkan waktu.
4.MEMBUAT STESEN2 dengan kerjasama GURU LAIN
5.ajar BEBERAPA ORANG MURID SEHINGGA "pakar" agar boleh membantu cikgu..

SEGAK-- MASALAH DAN KESALAHAN

KEBANYAKAN guru2 PJPK di sekolah2 rendah mengalami masalah yang sama iaitu:

1. KEKANGAN waktu mengajar.ini disebabkan pengasingan waktu dalam seminggu.

2.KURANG PENGETAHUAN disebabkan pentadbir menganggap PJPK mudah dan boleh diserahkan sahaja kepada GURU2 lain.

3.MENGANGGAP pjpk tidak penting dan tidak mengapa sekiranya tidak dilaksanakan.

4.KEKURANGAN kelengkapan/alatan.


WALAUBAGAIMANAPUN tahniah kepada GURU2 yang cuba melaksanakannya..TETAPI masalah utama yang ketara berlaku ialah,guru2 ini melaksanakan SEGAK tidak mengikut cara yang sepatutnya.SEGAK perlu dilaksanakan secara BERTERUSAN.maknanya seseorang murid yang diuji perlu menghabiskan SEMUA UJIAN DALAM WAKTU YANG SAMA(sekaligus).

kebanyakan guru2 TERPAKSA MELAKSANAKAN SEGAK mengikut kesesuaian iaitu menguji murid2 sekaligus tetapi DENGAN CARA MENGHABISKAN SATU UJIAN SAHAJA.ini adalah salah.sepatutnya seperti yang pernah saya lakukan...dalam tempoh 30 minit hanya 5 atau 6 orang sahaja yang mampu di habiskan..

SEGAK

RINGKUK TUBI SEPARA-SEDIA

BERSEDIA-TEKAN TUBI
TEKAN TUBI PEREMPUAN
TEKAN TUBI
TEKAN TUBI-SEDIA




NAIK TURUN BANGKU
MELUNJUR

KAEDAH PNP pendidikan JASMANI dan PENDIDIKAN KESIHATAN


KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.
Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah :
  1. Kaedah Kuliah
  2. Kaedah Perbincanga
  3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi
  4. Kaedah Latihan
  5. Kaedah Penemuan
  6. Kaedah Projek
  7. Kaedah Persembahan Lisan
  8. Kaedah sebahagian-keseluruhan.
Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.
KAEDAH KULIAH
Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.
Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani :
  1. Pengenalan
  • Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
  • Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka
  • Cuba membangkitkan minat
  • Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.
  1. Persembahan
  • Kuat tetapi nada mesra
  • Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
  • Huraikan istilah yang digunakan
  • Bercakap dengan semua pelajar
  • Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain
  • Ulang butiran penting
  • Guna lawak jenaka
  • Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin
  1. Penutup
  • Mengulangi point-point utama
  • Menggalakkan perbincangan
  • Meneguhkan point yang lemah
 
 KAEDAH KULIAH – DEMONSTRASI
Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.
Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani :
  1. Pendahuluan
  • Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri
  • Mnegenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
  • Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini
  1. Demonstrasi
  • Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar
  • Ikut cara dan prosedur yang piawai
  • Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan
  1. Demonstrasi dan pengajaran
  • Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya
  • Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
  • Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.
  • Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.
  • Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.
  1. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting
  • Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
  • Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
  • Beri butiran penting
  1. Penutup
  • Ulang butiran penting
  • Menggalakkan perbincangan
  • Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran
 
KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN
Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :
  1. Kaedah/Gaya Langsung
  2. Kaedah/Gaya Gabungan
  3. Kaedah/Gaya Tidak Langsung
 
 GAYA LANGSUNG
GAYA GABUNGAN
GAYA TIDAK LANGSUNG
  • Gaya Arahan
  • Gaya Tugasan
·  Limitasi
·  Penemuan
·  Terbimbing
·  Penyelesian masalah latihan 
·  Bertindak balas 
·  Semak kendiri 
·  Penerimaan beramai 
·  Penerokaan
 
GAYA LANGSUNG
Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.
 
 KELEBIHAN
KELEMAHAN
  1. Kaedah yang berkesan
  2. Berfokus kepada yang ingin dipelajari
  3. Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi
  4. Persekitaran pembelajaran yang berstruktur
  1. Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur kumpulan)
  2. Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.
 
 GAYA TIDAK LANGSUNG
Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.
 
 KELEBIHAN
KELEMAHAN
  1. Membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya
  2. Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab
  3. Mengambil kira perbezaan dikalangan pelajar
  4. Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.
  1. Memakan masa yang panjang. Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoal-jawab.
  2. Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya inisentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan.
  3. Sukar untuk mengawal kelas
  4. Sukar untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran
 
GAYA ARAHAN
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut :
GURU
PELAJAR
1. Mengawal penuh pengajaran 
  1. Memilih aktiviti
  2. Menentukan bagaimana dan bila
  3. Mengawal tingkah laku
  4. Menilai keputusan
  1. Menjimatkan masa untuk membuat percubaa
  2. Individu mendapat kurang perhatian
Ciri – ciri gaya arahan
  1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran yang akan dipelajari oleh pelajar .
  2. Pelajar berlatih.
  3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
  4. Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.
  5. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan.
  6. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan
Penemuan Terbimbing
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh ‘ Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’
Kelebihan –kelebihan
  1. membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
  2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
  3. Memupuk pembangunan arah kendiri
Penyelesaian Masalah
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.Di dalam kelas pendidikan jasmani,selepas guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah berikut :
  1. Menganalisi dana memahami masalah
  2. Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
  3. Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat –maklumat
  4. Membentukkan jawapan yang mungkin
  5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif
  6. Pilih penyelesaian paling sesuai.
  7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.
Kelebihan-kelebihan
  1. Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.
  2. Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi
  3. Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.
Kelemahan kelemahan
  1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru.
  2. Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan berkesan.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.
Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada :
  1. Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran.
  2. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose penyelesaian itu.
Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.
 
Saiz kelas
Gaya pengajaran
Seluruh kelas
  • Langsung
  • Penyelesaian masalah
Kumpulan kecil
  • Stesen
Individu
  • Lembaran kerja /tugas
 
 
RANCANGAN TAHUNAN,PENGGAL DAN MINGGUAN
Dalam melaksanakan program pendidikan jasmanai di sekolah,satu perancangan yang yang rapi perlu diadakan.Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik.Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memmastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.
Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut :
  1. Jumlah masa pengajaran yang terhad
Walaupun sejak bukan Disember 1993,Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi.Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.
  1. Persekitaran pengajaran
Selain daripada objektif,faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan.Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani.Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.Justeru itu, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.Misalnya ,suatu kumpulan kecil boleh dibentuk,Misalnya suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan diatas.
  1. Latar Belakang Guru
Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.
  1. Latar Belakang Pelajar
Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.

Rancangan Kerja Tahunan
Rancangan kerja tahunan perlu diadakan untuk memebri satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah . Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahunan juag menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.