Sunday, June 23, 2013

ALTERNATIF UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI (DALAM KELAS)

PENDIDIKAN JASMANI SEMASA JEREBU

SEBAGAI seorang pendidik. saya terikat dengan "tidak boleh ubah sesuka hati rph" yang telah dibuat dan dirancang. walaubagaimanapun terdapat beberapa kaedah yang boleh dijalankan di dalam kelas.

(PANDANGAN PERIBADI sahaja)

sekiranya kita telah merancang untuk melaksanakan pendidikan jasmani di luar kelas/padang dan sebagainya. adalah suatu kewajiban kita untuk melaksanakannya. walaubagaimanapun, sekiranya berlaku keadaan yang tidak diingini seperti "PENDIDIKAN JASMANI SEMASA JEREBU".maka, apa yang dapat saya lalukan ialah TIDAK MENANGGUHKAN PDP...atau tidak membatalkan terus PDP tersebut.

PDP yang telah dirancang perlulah diteruskan mengikut situasi, keadaan dan kemampuan kelas tersebut.

LANGKAH-LANGKAH (utk KSSR)
(ni buat sendiri je:ikut kreativiti).. contoh -bola sepak, agak-agaknya ni yang agak susah.

- INDUKSI SEPERTI biasa
- regangan- meningkatkan kadar nadi
- RAPATKAN meja untuk memberikan sedikit ruang
- PENYAMPAIAN PENGAJARAN
- tunjuk cara/ansur maju/teknik
-PERMAINAN KECIL (ni susah sikit) - 1 VS 1 ATAU 1 VS 2- gol menggunakan kaki kerusi.

PERMAINAN HOKI dalam kelas
- SEPERTI di atas..
-PERMAINAN KECIL- "hoki tangan" tidak perlu menggunakan "kayu hoki"..jadikan tangan sebagai kayu hoki..2 vs 2 atau latihan menyerkap bola/menjaring dll.

"SELAMAT MENCUBA"

yang lain-- BELUM TERFIKIR LAGI...hahaha..

JEREBU - BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK

SALAM UKHWAh,
 sebagai penggiat sukan / khasnya pendidikan jasmani. jerebu yang melanada kini adalah suatu musibah yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak. memandangkan jerebu semakin merunsing, KPM telah mengistiharkan hari ini sebagai "CUTI MENGEJUT" bagi MENGELAKKAN keadaan yang tidak sihat ini mengakibatkan kesan sampingan kepada kanak-kanak sekolah.

 Indeks Pencemaran Udara 
 Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat
Masalah kesihatan Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada: Kanak-kanak Orang tua Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain .Perokok Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah: Iritasi kerongkong dan batuk-batuk Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat Iritasi di mata serta mata yang merah Kulit terasa gatal .
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
 Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
Sentiasa basuh bahagian yang terdedah;
mandi
Selalu minum air Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan