aKTivITi SiHAt sEKoLaH.RaMai OrANg SiHAt,TaPI tIDaK rAMai YanG CeRGaS....
Saturday, September 17, 2011
Saturday, July 16, 2011
TREK 200 METER..
kebanyakan padang sekolah kini semakin kecil..jadi untuk mengadakan acara SUKAN SEKOLAH adalah sesuatu yang agak sukar terutamanya membina trek.antaranya ukuran padang yang kurang daripada 100 meter x 50 meter..
UNTUK membina trek bagi cikgu baru dan sekolah baru macam saya sememangnya agak sukar sebenarnya..saya tahu ada KAEDAH PENGIRAAN TREK terutamanya semasa membina lengkungan. sebelum ini telah saya post kan salah satu lakaran yang boleh digunakan sebagai panduan membina trek 200 meter.
SELAiN itu terdapat juga kaedah lain dengan meletakkan PANJANG TREK 60 METER X 30 METER...
ataupun 43 meter x 36 meter...
SEMUA LORONG mempunyai kelebaran standard...1.22..
UNTUK membina trek bagi cikgu baru dan sekolah baru macam saya sememangnya agak sukar sebenarnya..saya tahu ada KAEDAH PENGIRAAN TREK terutamanya semasa membina lengkungan. sebelum ini telah saya post kan salah satu lakaran yang boleh digunakan sebagai panduan membina trek 200 meter.
SELAiN itu terdapat juga kaedah lain dengan meletakkan PANJANG TREK 60 METER X 30 METER...
ataupun 43 meter x 36 meter...
SEMUA LORONG mempunyai kelebaran standard...1.22..
lakaran TREK OLAHRAGA 200 METER
Friday, July 15, 2011
Monday, July 11, 2011
GURU PENGAWAS SUKAN
- Guru Pengawas Permainan adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan dan disiplin murid di kawasan padang sekolah.
- Guru Pengawas permainan hendaklah menepati masa apabila datang untuk bertugas.
- Guru Pengawas permainan juga hendaklah membuat laporan bertulis di dalam Buku Laporan Permainan.
- Kehadiran waktu permainan adalah diwajibkan.
TUGAS JURULATIH/PENGURUS SUKAN
- Mengawal dan bertanggungjawab di atas semua peraturan, latihan dan penggalakan ke arah kemajuan permainan yang di bawah kendaliannya.
- Membentuk pasukan sekolah. Menyediakan senarai keperluan / alat dan mencadangkan pembeliannya melalui kerjasama setiausaha sukan.
- Mengatur program latihan dan kegiatan pasukan bagi sepanjang tahun.
- Bertindak sebagai pengurus pasukan sekolah.
- Memupuk semangat dan minat di kalangan pemain-pemain dengan mengadakan aktiviti menonton video/filem berkaitan, lawatan dan lain-lain rangsangan.
BIDANG TUGAS SU SUKAN
TUGAS SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH
- Menjadi penasihat utama kepada Guru Besar mengenai aktiviti-aktiviti sukan.
- Merancang aktiviti / program olahraga dan permainan sekolah untuk jangka pendek dan panjang. Dalam menjalankan tugas ini, rujukan boleh dibuat kepada Majlis Sukan Sekolah yang beliau menjadi setiausahanya.
- Mengadakan jadual atau takwim sukan dan mengagihkan tugas-tugas bersangkutan dengan sukan di kalangan staf.
- Menjadi pegawai perhubungan di antara sekolah dengan sekolah-sekolah lain di lapangan sukan dan permainan.
- Merancang keperluan / kemudahan / kewangan untuk sukan. Memesan, menerima, memasukkan serta mengawal stok peralatan sukan.
- Mengagih pelajar kepada rumah sukan. Merancang pertandingan peringkat sekolah antara rumah.
- Mengurus penyertaan pasukan sekolah dalam pertandingan luar dengan kerjasama dari pengurus/jurulatih permainan.
- Menjadi setiausaha kepada Majlis Sukan Sekolah dan menyimpan minit mesyuarat.
- Mengendalikan papan kenyataan sukan dan galakan sukan.
- Tugas-tugas lain yang diperlukan oleh Guru Besar berkaitan sukan dan permainan.
Subscribe to:
Posts (Atom)