Saturday, January 14, 2012

merentas desa or road run..sk seri pristana kali 2

road run sk seri pristana kali ke-2..sometimes mmg bgs kalau kita boleh diharapkan untuk sesuatu benda yg kita mmg boleh buat..tapi tidak bagusnya kalau akhirnya kita merasa seperti diperatkan.. memandangkan road run adalah salah satu sukan WAJIB SEKOLAH atau dikenali juga sebagai merentas desa..semua guru bertungkus lumus menyediakan kemudahan yg sepatutnya dibuat..dan tanpa perancangan yg rapi..walaupun program ini dibuat setiap tahun..masih berlaku banyak kekurangan.. antaranya ialah.. 1.perletakan check point-tidak semua guru yg ditugaskan di suatu tpt setuju dgn tugas tersebut.. MASALAH timbul apabila ada murid yg tahu jalan tersebut mengambil jln pintas sbb tiada guru yg menjaga..seterusnya keselamatan murid juga terabai.. 2.tidak ambil peduli sangat..guru mmg cukup-cukup sahaja melaksanakan tugas masing2..tetapi seandainya meletakkan tugas kita kpd org lain dgn harapan tugas tersebut akan dapat dipenuhi..mmg la sesuatu yg sangat mementingkan diri sendiri..kebanyakan guru adalah berpengalaman dan BIASA DENGAN PROGRAM Ini..jadi anggapan biarlah cikgu lain yg buat sgt la tidak bertanggungjawab kerana tiada guru yg tugas ikhtisasnya utk melaksanakan tggjwb melaksanakan road run trsbt.. 3.komunikasi dan perancangan- tanpa komunikasi berkesan antara guru maka banyak kesilapan berlaku..antaranya tadi..murid tahun 5&6 lelaki dan perempuan tidak dpt dilepaskan mengikut kategori yg sepatutnya kerana tiada komunikasi dengan org yg menjaga di tapak perhimpunan..walaubagaimanapun..sepatutnya pelepas lebih perlu prihating dan sedar siapa murid yg sedang hendak dilepaskan..bukan sekadr menekan airhon dan murid berlari.. 4.penamat..pencatat...perlu ada penerangan lanjut berkenaan tugas dan tanggungjawab yg perlu dipikul oleh guru supaya mereka ingat semula apa yg perlu dilakukan.. walaubagaimanapun kerjasama guru la yg paling utama menjayakan apa.jua jenis sukan dan permainan di skolah..majulah sukan utk negRa..

Friday, December 2, 2011

KSSR PEN.JASMANI vs pen.kesihatan

KSSR

SEBELUM INI pjk dijadikan pjpk...SELEPAS itu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan diasingkan..dan terbaru KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI bukanlah ketua panitia pendidikan kesihatan..juga diasingkan..

setiap kali selepas PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN perlu ada 'hand out" yang menyatakan STANDARD pencapaian murid..PENAMBAHBAIKAN ATAU penambahbebanan KSSR pj dan pk yang kelihatannya semakin rumit pengurusannya walaupun dikatakan pengajaran menjadi lebih mudah??semudah apa agaknya..????

pj vs pk.....kalau guru opsyen pjpk perlu mengajar sekurang-kurangnya 14 waktu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan...kalaulah guru tersebut mengajar 2 aliran tahap 1,setiap aliran 5 kelas maknanya perlu mengajar 30 waktu..30 waktu dengan purata murid 35 orang...maknAnya pengisian markah/BAND murid 1-6 adalah sebanyak 35 orang x 5 kelas (10 waktu/pjpk) x (bilangan ujian iaitu 10 kali x 6 BAND) = BANYAKKNYA nak isi...

Wednesday, November 30, 2011

Pendidikan Jasmani perlu suntikan baharu

Pendidikan Jasmani perlu suntikan baharu

Monday, September 26, 2011

KECELARUAN......SUKAN SEKOLAH KALI PERTAMA

Perancangan dalam apapun bidang sememangnya sangatlah penting..PERANCANGAN AWAL..teliti..detail dan sistematik sangat membantu sesuatu dalam mencapai sesuatu objektif.

justeru adalah sangat dititikberatkan untuk merancang KEJOHANAN TAHUNAN SEKOLAH dari awal bagi memastikan kelancaran perjalanan sukan tersebut. Di sekolah RENDAH khususnya,sukan sekolah suatu peristiwa yang sangat besar maknanya dan pengurusannya selain paling digemari oleh murid-murid walaupun sebaliknya oleh GURU-GURU..


sebagai Seorang Guru yang dipertanggugjawabkan memastikan kelancaran KEJOHANAN kali PERTAMA INI..adalah menjadi suatu tanggungjawab yang sangat berat kerana kekurangan dan pelbagai halangan.
suatu perkara yang paling dirisaukan ialah PERISTIWA ini secara langsungnya akan menjadi penanda aras kepada kelangsungan kejohanan yang akan datang.

BERMULA daripada merangka JENIS TREK yang bakal digunakan ssehinggalah memilih,menyaring dan memutuskan atlit ianya suatu yang sukar sekiranya tidak mendapat kerjasama semua guru. SALAH SATU HALANGAN yang paling besar ialah kekurangan pengalaman saya sendiri dalam menyediakan TREK KALI PERTAMA (TIADA tanda).menentukan ukuran 200meter/150meter/400meter????..sukarrr..

namun berbekalkan kesungguhan dan kerjasama semua guru...akhirnya TREK BALAPAN DAN PADANG (L.TINGGI,L.JAUH DAN L.PELURU) SEDIA untuk digunakan walaupun TANGANKU terseliuh kerana tanah batu yang sangat KERAS..

PENYEDIAAN buku PROGRAM JUGA TERPAKSA bersusahan untuk disiapkan..banting..bendera kejohanan..

Saturday, July 16, 2011

TREK 200 METER..

kebanyakan  padang sekolah kini semakin kecil..jadi untuk mengadakan acara SUKAN SEKOLAH adalah sesuatu yang agak sukar terutamanya membina trek.antaranya ukuran padang yang kurang daripada 100 meter x 50 meter..

UNTUK membina trek bagi cikgu baru dan sekolah baru macam saya sememangnya agak sukar sebenarnya..saya tahu ada KAEDAH PENGIRAAN TREK terutamanya semasa membina lengkungan. sebelum ini telah saya post kan salah satu lakaran yang boleh digunakan sebagai panduan membina trek 200 meter.

SELAiN itu terdapat juga kaedah lain dengan meletakkan PANJANG TREK 60 METER X 30 METER...

ataupun 43 meter x 36 meter...

SEMUA LORONG mempunyai kelebaran standard...1.22..